Blogger Layouts

Wednesday, December 28, 2011

Pergerakan Kreatif Teater - part 3 (Ekspresi 02)

Assalamualaikum.....

okey, sekarang dah masuk part 3... panjang kan perjalanan hidup aku sem nie..hehehe... entry sebelum2 nie tidak bergambar kan3..hehe tapi untuk kali nie aku aku nak letak gambar banyak sampai korang juling mata nak tengok..kih3... tapi kena buat essay panjang berjela-jela jugak, yelah nanti korang tak faham ape yang aku post nie kan..

untuk assigment kali nie pulak, kami semua kena buat satu persembahan akhir yang telah dibimbing oleh pensyarah kami sendiri, En. Nor Shuradi Nor Hashim.. kareografi dan tema untuk persembahan kami nie telah ditentukan oleh beliau, peranan kami hanya perlu follow setiap pergerakan dan tunjuk ajar yang diberi oleh En. Nor Shuradi Nor Hashim. mase mula2 dapat pergerakan tue, mak datooo!!!! naik pening kepala aku, berbelit2 macam ular kena palu da.. susah kot tapi bile dah lame2, rase macam tak berhenti pulak badan nie..haha persembahan kami nie menggabungkan pelajar pergerakan kreatif teater iaitu subjek aku, lakonan awal, vokal lakon dan teknik gaya lakon... ada ciri2 nak jadi pelakon tak???hihihihi....

untuk sinopsis nye, cerita nie bertajuk "Kak Bee Jamban" yang berkisarkan tentang konflik kehidupan iaitu mengisahkan dilema Kak Bee yang berkerja sebagai 'cleaner'. Kak Bee berdepan dengan masalah pembuangan kotoran najis tandas oleh pengguna-pengguna yang tidak bertanggungjawab terhadap kemudahan2 yang ada.

kteorang nie terbahagi kepada 2 group iaitu group "Kak Bee Jamban" dan group "Proses".. nak tau aku dapat watak ape?? watak aku nie tak ade sape yang berani pegang tau, dan watak aku nie tak penah orang lakon kan.. 
aku nie yang pegang watak sebagai taik yang asyik nak ganggu si Kak Bee nie. Kak Bee nie memanglah dapat hapuskan taik-taik tue tapi lepas tue Kak Bee nie asyik teringat je kat taik-taik yang menghantui die walaupun masa Kak Bee nie tengah makan... geli tak korang?? jangan makan nanti ingat bukan2 pulak...haha yang dapat watak taik tu ialah aku sendiri, aim, azie, lin, alya, dila, aini, kuyie, faiz dan azlan



nie gerak kerja sebelum persembahan.. dorang nie tengah spray baju yang taik-taik nie semua kena pakai, gune plastik sampah hitam ditambah dengan warne kuning2.. baru nampak cam taik real kan..haha


nie mase sesi latihan.. hebat tak?? siap kepala ke bawah ag.. ingat watak taik nie tak penting ker..


mase nie adalah sesi make-up me make-up...haha (nie kuyie- yang laki pon wajib kena make-up jugak, no excuse ok)

haaaa nie la group "Kak Bee Jamban".. tengok muke masing2, dah macam alien je kan.. kiteorang pakai bedak sejuk kuning, macam taik tak korang tengok..

kteorang tengah perform mase nie... nasib baik dalam gelap, tak lah nervous sangat..



yang nie pulak group "Proses" yang terdiri daripada wawan, tyqo, niny, faten, dilla, arina dan ruhil.

melalui pergerkan yang kami buat nie la kan, ia menilai kepada kecerdasan bagi lakonan secara eksternal yang berbentuk biomekanik. ia juga terdiri daripa 8 jenis kecerdasan manusia iaitu kecerdasan verbal, logikal, visual, kinestetik, muzikal, interpersonal, intrapersonal dan juga naturalis. kami juga telah mengaplikasikan "Laban Movement Analysis" yang melibatkan action of body, qualities of movement, space environment dan relationship...mesti korang payah nak faham kan?? jadi, sebagai alternatif nye (skema!!) add lah subjek nie kalau nak lebih faham yer..hehe.. ok, kami juga telah menggunakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.. aku terangkan sikitlah yer.. pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari manakala pergerakan bukan lokomotor nie pulak adalah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan masih kekal di tempat yang sama... oleh itu, selepas dicantumkan semuanya, jadi lah sebuah pergerakan dengan gerak indah...hohoho...

ok, yang tengah duduk nie nama die Nilam Suhana Binti Othman.. die nie main character untuk kebanyakan persembahan ye.. die nie juga pemegang watak "Kak Bee" nye.
okey yang nie pulak adalah Jritto Syafel Vincent dan Nur Natheka binti Berhanuddin.. dorang nie merupakan pasangan kekasih dalam drama "Aku Sunyi" dan "Teruk"...


yang nie adalah artis-artis yang menjayakan teater nie... seramai 21 orang kesemuanya..

Ekspresi 02 nie adalah persembahan final projek kami yang bertempat di Dewan Rahman Talib, universiti pendidikan sultan idris pada jam 8.45 malam yang bermula dari 9-10 Disember 2011. untuk persembahan ini, ada 4 persembahan iaitu "Kak Bee Jamban", "Aku Sunyi", "Proses" dan last sekali "Teruk".. 

sebenarnyer best tau teater nie... korang cube lah jugak yer...OK, don't!!!

TQ for reading this entry...:)

1 comment: